Showing posts with label Janjang. Show all posts
Showing posts with label Janjang. Show all posts

Janjang

Soalan 1

Diberi bahawa 1,x,x2,x3... ialah suatu janjang geometri dan hasil tambah hingga ketakterhinggaan ialah 6.
Cari

( a ) nisbah sepunya dalam sebutan x

( b ) nilai x  
    

Soalan 2

Tiga sebutan pertama suatu janjang aritmetik ialah

2h, k, ( 2h + 4 )

( a ) Ungkapkan k dalam sebutan h

( b ) Cari sebutan ke 5 bagi janjang itu dalam sebutan
 h

Soalan 3

Diberi bahawa ...,15,y,375,..ialah sebahagian daripada suatu janjang geometri dan hasil tambah lima sebutan pertama janjang itu ialah 2343.

Cari

( a ) nisbah sepunya                                          

( b ) sebutan pertama                                        

( c ) nilai n yang paling kecil supaya sebutan

       ke n melebihi 30000                                    

Soalan 4
Maklumat berikut merujuk kepada hasil tambah sebutan sebutan janjang Geometri

0.262626 = 0.26 + v + w +...

Tentukan

( a ) nilai v dan w

( b ) nisbah sepunya janjang itu

Soalan 5
Pada suatu hari tertentu, Salmah mempunya 5000 ekor ayam di ladangnya untuk dibekalkan kepada Nasi Kukus Ayam Sdn Bhd.Dia mula menjual ternakannya sebanyak 300 ekor ayam pada keesukan hari dan seterusnya bagi setiap hari berikutnya.Salmah dan pembantunya akan memberi makan dahulu ternakannya sebelum dijual

Jika kos menternak seekor ayam itu ialah RM0.80 sehari, kira jumlah kos bilangan ayamnya berbaki 600 ekor